Penerimaan The Interview (filem 2014)

Box office dan penyewaan dalam talian

The Interview mengadakan tayangan terhad di Amerika Syarikat pada Disember 25, 2014 di 331 teater[5] dan mengutip $1 juta pada hari pembukaan. Ia kemudiannya mengutip $1.8 juta pada minggu pembukaan dan sehingga Januari 25, 2015, filem ini telah mengutip $6.1 juta di box office.[6]

Empat hari selepas pelepasan dalam talian pada Disember 24, 2014, The Interview mengutip $15 juta melalui sewaan dan pembelian dalam talian. Ia menjadi kutipan tertinggi Sony Pictures melalui pelepasan dalam talian mengatasi Arbitrage ($14 juta), Bachelorette ($8.2 juta) dan Snowpiercer ($7 juta).[7] Ia merupakan filem Google Play dan YouTube paling laris pada tahun 2014.[8] Sehingga Januari 20, 2015, filem ini telah mengutip $40 juta melalui penjualan dan penyewaan dalam talian.[9]

Respons kritikal

The Interview menerima ulasan bercampur daripada pengkritik. Di laman web Rotten Tomatoes, filem ini mendapat rating 51% berdasarkan 129 ulasan dengan purata rating 5.5/10..[10] Di Metacritic, filem ini mendapat skor 52 daripada 100, berdasarkan 33 pengkritik.[11]

Rujukan

WikiPedia: The Interview (filem 2014) http://www.boxofficemojo.com/movies/?id=interview2... http://www.boxofficemojo.com/news/?id=3987&p=.htm http://deadline.com/2014/12/interview-christmas-re... http://insidemovies.ew.com/2014/12/30/the-intervie... http://www.imdb.com/title/tt2788710/ http://www.metacritic.com/film/titles/the-intervie... http://www.metacritic.com/movie/the-interview http://www.rottentomatoes.com/m/%7B%7B%7Bid%7D%7D%... http://www.rottentomatoes.com/m/the_interview_2014... http://variety.com/2014/film/news/sony-the-intervi...